Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marta pimpin Brazil di Piala Dunia Wanita

    RIO DE JANEIRO, 28 JUN – Penyerang veteran, Marta akan memimpin pemain muda Brazil yang penuh semangat dalam usaha mencipta kejutan untuk memenangi Piala Dunia Wanita pertama mereka apabila kejohanan tersebut bermula bulan hadapan.

    Pengumuman itu dibuat oleh jurulatih Pia Sundhage, kelmarin.

    Pada usia 37 tahun, pemain legenda nombor 10 itu, yang dianggap ramai sebagai pemain bola sepak wanita terhebat, akan beraksi dalam Piala Dunia keenamnya di Australia dan New Zealand selepas pulih daripada kecederaan lutut yang menyebabkannya tidak dapat bermain selama hampir setahun.

    “Sesiapa yang berada di sekeliling Marta akan terpesona dengan kehebatannya. Dalam hantaran terakhir, dia adalah antara yang terbaik.

    “Adakah dia akan berada dalam barisan utama? Saya belum tahu,” kata Sundhage kepada wartawan semasa mengumumkan senarai 23 pemainnya.

    Brazil, juara Copa America, berada pada perubahan generasi dan tidak dijangka untuk menjuarai kejohanan itu. – AFP

    Jurulatih Brazil, Pia Sundhage semasa menghadiri sidang akhbar untuk mengumumkan pasukan Brazil untuk Piala Dunia Wanita FIFA Australia/New Zealand 2023 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 27 Jun.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda