Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Mat rempit di Brunei?

    Baru-baru ini tular dalam aplikasi WhatsApp tentang sikap sebilangan mat rempit dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun yang terlibat dalam perlumbaan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS).

    Apa yang amat mengecewakan perbuatan mereka menjadikan Jambatan SHOAS dan RIPAHS sebagai tempat perlumbaan mereka boleh mengundang bahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

    Jambatan tersebut sepatutnya infrastruktur yang berfungsi untuk memudahkan pergerakan pengguna jalan raya dan bukan sebagai litar perlumbaan.

    Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan keselamatan pengguna lain perlu diambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah kemalangan dan kehilangan nyawa.

    Mat rempit juga perlu diberi pengajaran demi menjaga kepentingan infrastruktur awam.

    Perlumbaan mat rempit di kedua-dua jambatan tersebut bukanlah perkara yang boleh diabaikan dan tindakan segera perlu diambil untuk mengembalikan keamanan dan ketenteraman kepada pengguna jalan raya.

    JungleHero

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...