Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Maut selepas terjun keluar dari lori

    GUA MUSANG, 24 OKT – Seorang lelaki maut akibat cedera di bahagian kepala selepas terjun keluar dari lori yang dipandunya ketika sedang terbabas di Kilometer 56 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini malam tadi. 

    Mangsa dikenali sebagai Badrul Hisham Kamaruddin, 24, berasal dari Machang.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 9:15 malam ketika mangsa memandu lori yang membawa muatan buah sawit.

    “Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...