Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tak tahan digelar penipu, Amber Heard akhirnya pindah ke Sepanyol

    Sudah tidak tahan digelar sebagai penipu, pelakon Barat Amber Heard akhirnya membuat keputusan berpindah ke Sepanyol demi mencari ketenangan.

    Memetik laporan daripada The News, bintang filem Aquaman itu mengambil keputusan untuk berpindah kerana menyedari tidak dapat kembali ke dunia lakonan selepas terpaksa menerima kekalahan terhadap bekas suami, Johnny Depp.

    Perkara itu disahkan oleh kenalan rapat pelakon berkenaan yang enggan dikenali.

    Amber juga berharap dapat merancakkan kembali karier lakonan di Sepanyol sekali gus menstabilkan kewangan serta hidup bahagia bersama anak perempuannya.

    Katanya, dia memilih untuk tinggal di Sepanyol kerana peminat di sana tidak menuduhnya sebagai penipu berikutan kekalahan kes saman fitnah itu.

    Bagaimanapun, Amber memaklumkan bahawa dia tidak berputus asa dalam mencari keadilan buat dirinya meskipun telah berpindah.

    Sebelum ini, keberadaan Amber di Sepanyol menjadi teka teki pengikutnya yang tidak pasti sama ada pelakon tersebut hanya bercuti atau sudah berpindah ke negara itu. – Agensi

    Amber Heard membuat keputusan pindah ke Sepanyol. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...