Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mekanik rugi RM70,000 diperdaya Macau Scam

    SEREMBAN, 6 JUN – Seorang mekanik di Jempol mendakwa kerugian RM70,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil dari klinik kesihatan dan pegawai polis pada 25 Mei lepas.

    Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa menerima panggilan memaklumkan mangsa melakukan kesalahan di bawah undang-undang Jabatan Kesihatan Malaysia kerana mengambil ubat sebanyak lapan kali di Klinik Kesihatan Ampang Baru, Ipoh, Perak.

    Beliau berkata panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada seorang individu kononnya pegawai polis bernama Sarjan Lee dari Balai Polis Ipoh yang memberitahu lelaki itu terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

    “Mangsa diminta memindahkan wang dalam akaunnya untuk siasatan polis dan akan ditangkap jika tidak berbuat demikian. Lelaki itu turut dimaklumkan bahawa wang miliknya akan dipulangkan semula jika tidak terlibat dengan pengubahan wang haram.

    “Percaya dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat pindahan ke dua akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan RM70,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Hoo berkata mangsa yang menyedari diperdaya membuat laporan polis pada 3 Jun lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...