Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perjalanan huru-hara di UK selepas Jubli Platinum

    LONDON, 6 JUN – London dilanda mogok kereta api bawah tanah kelmarin apabila kelewatan dan pembatalan kereta api serta penerbangan yang menyebabkan kekecohan perjalanan di Britain berikutan hujung minggu Jubli Platinum yang berlangsung selama empat hari.

    Beberapa stesen metro ditutup selepas kesatuan RMT mengadakan mogok selama 24 jam di ibu negara Britain, mendorong pihak berkuasa menggesa penumpang mengelak kereta api bawah tanah itu hingga pagi Selasa.

    Syarikat kereta api Eurostar yang menghubungkan London ke Paris dan Brussels berkata, perkhidmatannya menghadapi kelewatan besar kerana pemeriksaan pasport dan juga keselamatan di London mengambil masa lebih lama daripada biasa.

    Ribuan pelancong bergelut untuk pulang ke tanah air selepas sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II apabila ratusan penerba-ngan dibatalkan, menurut media UK. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...