Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Meloni mulakan rundingan tubuh kerajaan

    ROM, 27 SEPT – Pemimpin baharu Itali, Giorgia Meloni dan sekutunya hari ini memulakan rundingan panjang membentuk kerajaan baharu, dengan krisis mengancamnya.

    Parti fasis Meloni, Brothers of Italy yang menang pilihan raya pada Ahad, tidak ada pengalaman memegang tampuk kuasa, namun perlu menghimpunkan ahli silang parti bagi menangani inflasi yang mencanak dan harga tenaga tinggi serta hubungan dengan Eropah yang berwaspada.

    Wanita berusia 45 tahun itu berharap menjadi wanita pertama memimpin Itali sebagai perdana menteri, namun memerlukan parti sayap kanan jauh Matteo Salvini, Parti Liga dan parti pimpinan bekas menteri Silvio Berlusconi, Forza Italia untuk meraih majoriti dalam parlimen.

    Perebutan bagi jawatan tertinggi – khususnya ekonomi, hal ehwal luar, pertahanan dan kementerian dalam negeri – sering dipolitikkan namun sekarang, lebih daripada sebelumnya, ‘akan mencerminkan bidang kepakaran,’ tekan akhbar harian Stampa.

    Meloni, ketika berucap pada kemenangannya Ahad lalu mengatakan kerajaan gabungan sayap kanan itu tidak akan mengkhianati kepercayaan diberikan rakyat Itali selepas memenangi pilihan raya umum itu.

    “Ini adalah masa untuk kita jalankan tanggungjawab. Ini masa di mana, jika awda ingin menjadi sebahagian daripada sejarah, awda mesti sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap jutaan orang yang memilih. Kami tidak akan mengkhianatinya dan perkara itu tidak pernah dilakukan sebelum ini,” tambahnya. – AP

    Ketua parti Brothers of Italy, Giorgia Meloni menunjukkan pelekat bertulis ‘Terima kasih Itali’ di ibu pejabatnya di Rom. Parti Meloni menang pilihan raya pada Ahad lalu dan kini sedang berunding membentuk kerajaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...