Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Memupuk seni ikebana di Singapura

    SINGAPURA – Dalam keheningan bilik besar dan kosong di banglo Bukit Timah, Viola Yong dan muridnya, Emily Neo, membuat ikebana, seni paparan bunga lama daripada Jepun.

    Selain daripada beberapa kata-kata cadangan ringkas, kesunyian hanya diselangi oleh bunyi potongan gunting.

    Bunga dan daun yang dipotong terdiri daripada jenis bunga spirea yang berbentuk melengkung, batangnya yang panjang dan memiliki bunga putih kecil yang akan membentuk asas bagi susunan dalam mangkuk porselin putih yang dipanggil suiban.

    “Ikebana adalah mengenai pengorbanan,” kata Yong, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bentuk seni dan bergelar jonin somu atau diploma perguruan gred pertama dari Sekolah Sogetsu Ikebana di Tokyo, Jepun.

    “Seseorang mesti belajar untuk meninggalkan hanya apa yang penting,” katanya kepada pelajarnya, yang mendapati sukar untuk memotong apa yang kelihatan sebagai tunas bunga yang sangat baik.

    Yong mengusahakan susunan bertema musim sejuk yang besar untuk acara Seasons of Bloom, di Flower Dome di Gardens by the Bay. – ANN/The Straits Times
    Sepasang gunting ikebana, atau hasami, diperbuat daripada keluli yang dikeraskan dengan tepi yang tajam untuk memotong bahan daripada batang halus hingga dahan berkayu. – ANN/The Straits Times

    Yong mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bentuk seni dan bergelar jonin somu. – ANN/The Straits Times
    Pelbagai teknik digunakan dalam ikebana untuk memanipulasi bunga dan daun ke dalam bentuk atau lengkung yang dikehendaki. – ANN/The Straits Times
    Meskipun karya Yong belum selesai tetapi sudah menarik minat orang ramai. – ANN/The Straits Times
    Yong mengunjungi kedai bunga G.G. Fresh Flower yang terletak di Upper Paya Lebar.– ANN/The Straits Times

    Yong mengusahakan susunan bertema musim sejuk yang besar untuk acara Seasons of Bloom, di Flower Dome di Gardens by the Bay. – ANN/The Straits Times

    Seorang pengamal ikebana mesti mempelajari disiplin pemangkasan untuk mengecilkan setiap batang bagi mencipta garisan yang bersih.

    Seni tradisi yang dihormati di Jepun ini dapat dikesan pada abad ketujuh apabila amalan meletakkan bunga di atas altar Buddha dibawa pulang oleh utusan Jepun ke China, Ono-no-Imoko. Menjelang abad ke-17, susunan ikebana digunakan untuk menghiasi istana, dan akhir-nya, rumah di Jepun, berkembang menjadi gaya yang berbeza seiring berlalunya masa.

    Diperbuat daripada plumbum dengan pepaku keluli, kenzan, atau spiky frog, digunakan untuk memegang bahan dalam sudut dan kedudukan yang diingini.

    Sekolah-sekolah utama ikebana, bagaimanapun, berasaskan tiga aspek syurga, yang mewakili kreativiti dan imaginasi; bumi, untuk disiplin dan peraturan; dan manusia, yang bertindak sebagai keseimbangan antara langit dan bumi.

    Setelah membina struktur moribana tegak asas dengan tiga cabang yang melambangkan syurga, bumi dan manusia, Neo memilih peonies yang akan digunakannya sebagai titik fokus susunan itu.

    Berikutan kepercayaan bahawa asimetri mencerminkan alam semula jadi, nombor ganjil diutamakan dalam susunan ikebana. Oleh itu, tiga peonies dipilih. Pelbagai teknik digunakan dalam ikebana untuk memanipulasi bunga dan daun ke dalam bentuk atau lengkungan yang dikehendaki.

    Sepasang gunting ikebana, atau hasami, diperbuat daripada keluli yang dikeraskan dengan tepi yang tajam untuk memotong bahan daripada batang halus hingga dahan berkayu.

    Pelajar diajar memotong batang di dalam air untuk memanjangkan hayat bunga.

    Ini menghalang udara daripada memasuki xilem (tisu vaskular yang mengangkut air dan mineral), yang menjadikannya lebih sukar untuk air bergerak ke seluruh tumbuhan.

    Neo dan Yong mengusahakan susunan ‘nageire’ gaya bebas Sogetsu menggunakan pasu yang tinggi dan tegak. Nageire adalah kaedah ikebana yang agak mencabar kerana batangnya tidak terletak di bahagian bawah pasu. Sebaliknya, ia disatukan dan digantung menggunakan dahan yang dibelah atau bersi- lang di bahagian atas pasu.

    Setelah susunan selesai, Yong membawanya ke lokasi yang akan dipamerkan.

    Dia membuat sentuhan akhir pada susunannya, melaraskan pelbagai bahan untuk memberikan setiap satu ruang dan penonjolan tersendiri.

    Neo juga meletakkan ciptaannya yang telah siap di tempat yang menonjol di atas meja di mana dia boleh menikmati pemandangan itu.

    Yong tertarik dengan ikebana kerana tujuh prinsip utamanya iaitu senyap, minimalis, bentuk, garis, kemanusiaan, estetika dan struktur. Dia melihat kualiti ini sebagai cara mencari dirinya di tengah-tengah kerjaya yang sibuk dalam industri bangunan dan pembinaan.

    Yong mempunyai kedai bunga yang dia suka kunjungi iaitu G.G. Fresh Flower di Upper Paya Lebar.

    Memandangkan suhu bilik sejuk di kedai bunga, Yong meneliti seikat ilex winterberry, sejenis holly yang popular dalam kalangan penjual bunga semasa musim Krismas kerana warna merah dan orennya yang terang.

    Sambil memeluk beberapa kuntum bunga yang dipilihnya untuk susunan yang akan diusahakannya, Yong meneliti seikat bunga quince (chaenomeles speciosa).

    Yong telah mengambil bahagian dalam pameran di seluruh Asia. Dia sedang mengusahakan susunan bertema musim sejuk yang besar untuk acara itu, Seasons of Bloom, di Flower Dome di Gardens by the Bay.

    Dia menggunakan dahan magnolia, delphinium, spirea, gerbera dan bunga quince, tangkai rosemary, dan dahan asparagus yang disembur dengan cat.Kerja seninya mungkin belum siap, tetapi ia sudah menarik perhatian orang ramai.

    Ikebana, istilah Jepun yang bermaksud bunga hidup, memerlukan air untuk mengekalkan bahan bunga segar yang dipamerkan. Susunan besar bunga musim sejuk ini mengimbangi dulang akrilik berukuran 800mmx500mm.

    Apabila malam berlalu dan penyaman udara semakin sejuk, Yong memberikan sentuhan akhir pada susunan bertemakan musim sejuknya.

    Pengamal bentuk seni ini belajar untuk menjadi intro- spektif, dan dikatakan bahawa gubahan bunga mencerminkan watak penciptanya. Salah satu prinsip ikebana, bentuk yang mengatakan bahawa susunan ditemui dan bukannya dirancang.

    “Ikebana datang dari dalam. Ia mendedahkan siapa awda,” kata Yong. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...