Mereka berlatih menggunakan pedang dan berjuang menentang peminat selepas berdoa dan nyanyian pagi.
Inilah ahli kung fu Himalaya yang menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri mereka untuk mencabar stereotaip terhadap peranan wanita dalam masyarakat patriarki di rantau berkenaan.
“Di Himalaya, kanak-kanak perempuan tidak pernah dilayan sama dengan lelaki malah kanak-kanak perempuan tidak diberikan peluang yang sama – sebab itulah kami ingin membangkitkan peranan gadis-gadis ini,” kata Jigme Konchok Lhamo, 25 kepada AFP. “Kung Fu telah membantu kami dalam mempertahankan kesaksamaan jantina kerana kami berasa lebih yakin, kuat daripada segi fizikal dan mental malah kami menggunakan kung fu sebagai contoh kepada gadis-gadis lain,” tambahnya.
Gadis kung fu ini berasal dari biara Gunung Druk Amitabha di Nepal dan tergolong dalam ahli Sekolah Drukpa yang berabad-abad lamanya menggamalkan Buddhisme Tibet.
Pada tahun 2008, sebagai sebahagian daripada misinya untuk membawa kesaksamaan gender dalam agama Buddha, pemimpin rohani mereka, Gyalwang Drukpa menggalakkan mereka untuk belajar kung fu dan menukar norma tradisional di mana mengharamkan wanita dan anak perempuan daripada meninggalkan aktiviti-aktiviti keagamaan mereka dan hanya perlu berdoa dan mendambakan diri sepenuhnya.

Namun disebabkan kehebatan mereka, gadis-gadis ini mengembara ke Asia Selatan untuk mengajar kelas pertahanan diri dan mempromosikan kesedaran tentang pemerdagangan manusia di rantau berkenaan di mana keganasan terhadap wanita memang jarang dilaporkan. Mereka juga memulakan perjalanan menuju ke kawasan gunung berbatu dan mengadakan kempen berbasikal untuk menjejaki masyarakat terpencil.
Baru-baru ini, mereka telah berjaya menamatkan perjalanan berbasikal selama tiga bulan dan menggembara sejauh 5,200 batu bagi misi ‘Bicycle yatra for Peace’ dari Nepal ke kawasan pergunungan Ladakh di Utara India, di mana mereka menelusuri kawasan perkampungan dan menyebarkan mesej kesedaran gender serta pemerkasaan wanita.
Lhamo – yang berada di New Delhi pada awal November lalu selepas memenangi anugerah antarabangsa di New York atas usaha mereka memperkasa keupayaan wanita – menjadi biarawati ketika berusia 12 tahun walaupun tidak dipersetujui oleh kaum keluarganya. “Pada mulanya, memang banyak kritikan diberikan. Orang ramai tidak menyukainya kerana kami melanggar peraturan,” kata Lhamo, selepas dia dan rakan-rakannya menunjukkan demonstrasi kehebatan mereka.
Mereka menggunakan pedang terpakai dan terbuka, gaya pertempuran China – yang digunakan untuk memberi isyarat arahan semasa pertempuran – dibina dengan menggunakan corak naga dan burung phoenix.
“Tetapi sekarang, kita mendapat sambutan yang menggalakkan,” jelasnya. Sekarang, gadis-gadis dibenarkan pergi ke sekolah, mereka diletakkan di depan kelas malah diberikan peluang yang sama untuk bertanya dan bercakap-cakap,” tambahnya. – AFP