Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menjauhi kemaksiatan

    PENGARUH kemaksiatan

    1. Mendatangkan kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala.

    2.Kebencian kaum mukmin. Imam Syafi’e berkata, “Kamu harus menghindari kebencian tidak langsung dari kaum Muslimin.” “Bagaimana hal sebegitu boleh terjadi?” tanya yang lain. “Seseorang yang melakukan maksiat, kemudian Allah menumbuhkan kebencian di hati kaum Muslimin kepada.”

    3.Terhalangnya rezeki. Allah telah menganugerahkan rezeki kepada semua hambanya. Akan tetapi rezeki ini akan terputus dan berkurang disebabkan perbuatan maksiatnya.

    4.Terhalangnya mendapatkan ilmu. Imam Malik pernah berkata kepada Imam Syafi’e, “Allah telah menyinarimu dengan ilmu pengetahuan. Maka janganlah pernah sesekali memadamkannya dengan kemaksiatan.”

    5.Malapetaka yang dahsyat. Imam Malik pernah berkata, ” Bencana kerap berlaku disebabkan oleh kemaksiatan. Hanya taubat yang dapat memalingkannya.”

    Kemaksiatan boleh mengakibatkan kita merasa berat untuk melakukan ibadah.
    Kemaksiatan boleh mengakibatkan kita merasa berat untuk melakukan ibadah.
    Ia juga membawa kepada malapetaka yang dahsyat.
    Ia juga membawa kepada malapetaka yang dahsyat.

    6.Adanya jarak dengan Allah, dan anda merasa kebingungan untuk mendatangi Allah.

    7.Adanya jarak antara anda dan masyarakat sekitar. Meski berada di tengah-tengah keluarga, namun anda masih merasa kesunyian.

    8.Wajah dan hati kelihatan suram. Ibnu Abbas berkata, “Maksiat menyebabkan kepekatan di wajah, kegelapan di hati, kebencian Muslimin, menurunnya daya tahan tubuh badan dan kesulitan ekonomi. Sebaliknya, kebajikan mencerahkan muka, menjernihkan hati, membuat lebih dicintai, meningkatkan stamina dan meluaskan rezeki.”

    9. Berat dalam melakukan ibadah. Tidak mudah bagi anda untuk sekadar melaksanakan sembahyang Subuh, meskipun telah berniat sebelumnya. Semangat ibadah menurun drastik.

    10.Mendatangkan maksiat-maksiat lain. Sebab maksiat tidak ubahnya seperti mata rantai yang saling berhubungan.

    11.Mendapat kehinaan di hadapan Allah Subahanahu Wata’ala. Seorang muslim adalah mulia di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan mereka menjadi hina apabila melakukan kemaksiatan. Hasan Al-Basri pernah berkata, “Mereka hina di hadapan Allah hingga menjadi durjana. Andai mereka mulia, pasti Allah melindungi mereka.”

    12.Memiliki hati yang kerdil. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Fathir ayat 10, maksudnya: “Barangsiapa menghendaki kemulian maka bagi Allah lah kemuliaan itu semua.”

    13.Maksiat dapat menyebabkan pelakunya menjadi lemah akal.

    14.Keburukan maksiat dan akibatnya disebutkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala dalam firman-Nya, “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah Ar-Rum, ayat 41)

    “Dan Kami tidaklah menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri.” (Surah Hud, ayat 101)

    15. Pengkhianatan lidah anda begitu banyak setiap hari. Jadi, sudah tiba masanya bagi kita untuk meninggalkan kemaksiatan dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala. – (Petikan daripada Ghayyir Nafsaka! (Ubahlah Dirimu!))

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda