Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Meta kurangkan 11,000 pekerja

    SAN FRANCISCO, 10 NOV – Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook semalam berkata syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja.

    Pemberhentian beramai-ramai itu berpunca daripada pengurangan mendadak nilai syarikat di tengah-tengah pasaran pengiklanan yang merosot dan inflasi yang tinggi sejak beberapa dekad.

    Pemberhentian kakitangan adalah antara ‘beberapa langkah’ untuk ‘menjadikan syarikat lebih kecil dan cekap’, Xinhua memetik ketua pegawai eksekutif, Mark Zuckerberg sebagai berkata dalam mesej kepada pekerjanya.

    Usaha lain termasuk mengurangkan ruang pejabat, mengurangkan perbelanjaan mengikut budi bicara dan melanjutkan pembekuan pengambilan pekerja ke suku pertama tahun depan bagi mengurangkan perbelanjaan, menurut mesej yang disiarkan di laman sesawang syarikat itu, kelmarin.

    Meta yang suatu masa bernilai lebih AS$1 trilion, kini bernilai AS$256 bilion selepas kehilangan lebih 70 peratus nilainya pada tahun ini sahaja.

    Kos dan perbelanjaan syarikat melonjak 19 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga kepada AS$22.1 bilion.

    Dalam mesej, Zuckerberg menjelaskan bahawa Meta secara agresif mengambil pekerja yang ramai semasa wabak untuk menghadapi lonjakan penggunaan media sosial dan e-dagang. Namun, dagangan dalam talian merosot tahun ini dan kembali ke tahap pra-pandemik dengan pengiklan dan pengguna juga telah mengurangkan perbelanjaan.

    Akibatnya, hasil syarikat ‘jauh lebih rendah daripada yang saya jangkakan’, kata Zuckerberg, “Saya salah faham dan saya bertanggungjawab untuk itu”. – Bernama

    Mark Zuckerberg ketika bercakap di Universiti Georgetown di Washington. Meta berkata syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...