Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Mimi Fly mahu terus cipta lagu

    Selama ini, mungkin ramai mengenali Mimi Fly sebagai penyanyi dan anggota kumpulan One Nation Emcees.

    Namun, di sebalik itu, wanita berusia 35 tahun ini, berbakat sebagai penulis lirik dan pencipta lagu. Terkini, Mimi atau nama sebenar, Shamimi Amalina Norhisham mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri, Kan Ku Sudah Kata yang bersifat ‘gelap’ dan berat.

    Mimi berkata, lagu yang dicipta dalam tempoh pandemik COVID, dua tahun lalu itu memaparkan sisi dirinya yang berbeza.

    “Saya cipta lagu ini selepas diminta penerbit dari Syarikat D’Alpha Legacy yang sukakan karya saya yang kebanyakannya berkisar semangat dan kesihatan mental.

    “Alhamdulillah, lagu ini digunakan untuk filem terbitan syarikat itu, Eva, yang dijangka dilancarkan pada 26 Januari depan. Terima kasih kepada mereka kerana percayakan saya.

    Mimi berhasrat terus mencipta lagu dan bekerjasama dengan komposer lain untuk projek runut bunyi filem. – Agensi

    “Saya gembira dapat mencipta lagu tema untuk filem Eva. Sebelum ini, saya cipta lagu tema untuk filem Gol dan Gincu bersama Audi Mok.

    “Apabila diminta untuk cipta satu lagi lagu tema untuk filem, saya sangat berbesar hati,” katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai lagu yang turut menampilkan penerbit Khairafik Khairudin itu, Mimi berkata, elemen marah dan ‘gelap’ dalam single Kan Ku Sudah Kata dianggap unsur yang bertentangan dengan dirinya.

    Mimi berhasrat terus mencipta lagu dan bekerjasama dengan komposer lain untuk projek runut bunyi filem.

    Sebelum ini, Mimi pernah mencipta lagu Pura-Pura Bujang nyanyian Baby Shima dan Parah Parah (Ayda Jebat). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...