Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Takoyaki – Bebola enak pelbagai inti

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Takoyaki merupakan salah satu hidangan dari Jepun yang menjadi kegemaran masyarakat kitani kerana rasanya yang sedap.

    Bahan asasnya daripada tepung bancuhan dan dimasak dalam acuan khas sambil diletakkan intinya ke dalam tepung yang dibentuk seperti bebola semasa proses memasaknya.

    Cara penyediaannya yang mudah itu telah menjadi tarikan hingga ke Asia Tenggara dan kini boleh didapati di gerai-gerai, pasar malam, malah ada yang menjual melalui home based dan sebagainya.

    Berkongsi secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat takoyaki adalah seperti tepung gandum, telur, air, serbuk dasar ikan, kicap, garam manakala bahan untuk topingnya pula adalah seperti daun bawang, sosej, telur, tempura, ketam, sotong, tuna dan sebagainya. Manakala bahan untuk sos nya pula adalah seperti sos tomato, kicap pekat manis, air, tepung jagung, kicap air, air asam jawa dan gula.

    Cara-cara untuk menyediakan inti dan adunan takoyaki adalah, mula-mula hiris dengan halus daun bawang dan cili merah, kemudian bersihkan sotong, gaul dengan satu sudu baking powder dan sedikit garam sampai ia berbuih. Kemudian rehat selama 10 minit, bilas dengan air dan rebus 10 minit.

    Foto Canva
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik
    Foto Canva

    Seterusnya, potong sotong, sosej dan ketam, pecahkan dan pukul telur, kemudian larutkan kiub ayam dengan air panas namun kebiasaannya orang Jepun guna serbuk atau dashi stok. Selepas itu tambahkan air sejuk, kicap cair, telur dan kacau hingga sebati.

    Kemudian dalam bekas yang berasingan masukkan tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk yang besar.

    Manakala untuk membuat sos takoyaki, bancuh tepung jagung dengan sedikit air kemudian masukkan air, sos tomato, kicap pekat manis, kicap cair, air asam jawa dan gula. Bila mendidih, masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung dan tutup api bila sos sedikit pekat.

    Cara untuk memasak takoyaki pula adalah yang pertama gris acuan dengan minyak, kemudian kacau adunan setiap kali sebelum tuang dalam kuali. Bila kuali dah panas, tuang adunan sampai acuan itu penuh. Letak semua jenis inti (sosej, auam, ketam, sotong, telur, tempura, tuna dan sebagainya. Kemudian tabur daun bawang, cili merah dan bertih beras yang mana resipi asalnya menggunakan tempura rangup.

    Selepas itu tuang adunan sampai melimpah namun pastikan api perlahan.

    Bila adunan sudah masak, pindahkan adunan yang melekat menggunakan chopstick atau tusuk gigi.

    Kemudian tolak takoyaki menegak (90 darjah celsius) dan tuang masuk adunan sampai lubangnya penuh. Telangkupkan takoyaki namun kalau berlubang tuangkan lagi adunan sampai penuh.

    Setelah itu, balikan sampai dapat bebola yang licin dan kemas, apabila ia sudah masak sehingga garing bolehlah angkat dan hidangkan bersama sos takoyaki, mayonis dan sebagainya, kemudian ia pun sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    o tepung gandum (sejuk)
    o serbuk dasar ikan
    o gula
    o serbuk cili
    o garam
    o telur
    o air
    o udang, tempura, ketam, sotong, tuna, sosej
    o daun bawang (dicincang halus)
    o sos tiram
    o sos cili
    o mayonis

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...