Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minggu Buku pupuk minat membaca sejak kecil

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 APRIL – Lebih 170 orang murid pra-tadika hingga Tahun 6 Sekolah Satelit Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Seria telah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Buku yang berakhir hari ini.

    Diketuai oleh guru Tahun 3 dan Ketua Guru Bahasa Inggeris ISB Seria, Sophie Wilson, program selama seminggu itu bukan sahaja menyaksikan para murid menyertai pelbagai latihan membaca malah pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk melengkapkan pembacaan mereka.

    Sophie Wilson menjelaskan bahawa program tahunan itu bertujuan untuk membantu mempromosikan lagi minat membaca terutamanya dalam kalangan murid-murid kecil di sekolah itu.

    “Menjadi keutamaan sekolah untuk cuba dan membantu menggalakkannya (minat membaca) di seluruh sekolah dan kami juga melibatkan ibu bapa,” ujar beliau.

    Ini termasuk kehadiran ibu bapa dan penjaga semasa penutup Minggu Buku yang dimeriahkan perarakan di mana murid-murid berpakaian watak kegemaran mereka daripada pelbagai bahan bacaan yang telah dibaca sepajang minggu ini.

    Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan termasuk bertemu penyajak Amerika, Kenn Nesbitt menerusi persidangan video Zoom, kelab-kelab membaca Lunch Time untuk mempromosikan dan membincangkan cerita-cerita yang telah dibaca oleh pelajar, aktiviti-aktiviti seni, pertukaran buku dan sebagainya.

    Antara murid-murid Sekolah Satelit ISB yang mengambil bahagian dalam aktiviti membaca sempena Minggu Buku.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda