Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Minggu Teknologi Digital dibuka 8 Jun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Minggu Teknologi Digital 2022 anjuran bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, InfoCom Federation Brunei (IFB), Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (MYCE 2022) akan diadakan pada 8 hingga 11 Jun ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Acara yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu akan mengetengahkan pelbagai acara persidangan, aktiviti dan pameran dengan mengetengahkan tema Digital Technology: Towards A Transformed New Norm.

    Minggu Teknologi Digital 2022 menumpukan kepada empat konsep utama iaitu Pengangkutan Pintar, Kerajaan Digital, Negara Pintar atau Bandar Raya Pintar serta e-Sukan dan Industri Kreatif.

    Acara persidangan menumpukan kepada ekosistem digital bagi membentuk dan membangunkan teknologi berasaskan penyelidikan dan memperkasakan transformasi digital dalam konteks industri kreatif, perniagaan dan masyarakat.

    Sebanyak 40 petak pameran akan diketengahkan antaranya berkaitan dengan keselamatan siber, penggunaan teknologi pintar dalam pengangkutan udara dan laut, sistem Road Accident Data Enhancement and Development (RADED), penggunaan AI dalam sektor kesihatan iaitu BruHealth dan Bloodkad termasuk kempen derma darah.

    Di samping itu, aktiviti-aktiviti menarik yang turut diadakan adalah 4AR Robotic & Coding Conquest 2022, Code for Fun, Banking on Low Code, Mind the (Data) Gap! Workshop yang dikendalikan oleh pakar dari dalam dan luar negara.

    Orang ramai yang ingin menyertai perbincangan persidangan dan aktiviti boleh mendaftar melalui laman sesawang Minggu Teknologi Digital, www.gov.bn/digitech.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...