Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    MKOKU lantik AJK baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Dewan Serbaguna Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Bengkurong, baru-baru ini.

    Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh sembilan pertubuhan bukan kerjaan (NGO) di bawah MKOKU seperti Pusat Ehsan, KACA, PAPDA, SMARTER BRUNEI, ABLE, SOBD, BDNAB, OKP dan LLS.

    Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2021/2023 termasuk laporan kewangan dan lantikan ahli jawatan kuasa baharu dari pelbagai NGO.

    MKOKU telah melantik ahli jawatankuasa (AJK) baharu sesi 2024-2027 melantik Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab sebagai penasihat, Malai Didi @ Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah sebagai presiden dan Haji Noor Ishanuddin bin Haji Noor Kaseh sebagai timbalan presiden.

    Sementara itu, Dayang Hajijah binti Haji Moktal dilantik sebagai setiausaha, Hajah Siti Zaliha binti Haji Abu Salim sebagai timbalan setiausaha, Haji Tuming bin Haji Jais sebagai bendahari dan Dayang Noor Ani Adriana binti Haji Awang Adanan sebagai timbalan bendahari.

    AJK baharu MKOKU, sebuah majlis yang ditubuhkan pada tahun 2016, akan terus berkhidmat kepada semua ahli dan menjadi utama perpaduan bagi hak dan gerakan keupayaan berbeza kepada sembilan NGO tersebut.

    Gambar ramai ahli jawatankuasa baharu sesi 2024-2027. – GAMBAR SERAHAN MKOKU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...