Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Suami tak izin Che Ta ‘buat muka’

    Kekal jelita pada usia 51 tahun, pelakon Rozita Che Wan amat peka dengan penjagaan wajah dan fizikal.

    Sungguhpun percaya kepada kecantikan semula jadi, Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta tidak menafikan terpengaruh dengan tindakan rakannya mendapatkan rawatan estetik untuk kekalkan kejelitaan.

    Namun, Rozita berkata suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin tidak membenarkannya membuat rawatan estetik untuk mencantikkan wajah.

    “Saya percaya semua wanita akan melalui proses penuaan, cuma cepat atau lambat. Tapi, saya hanya menjalani rawatan wajah sahaja.

    “Saya percaya rawatan estetik, tetapi suami tak beri izin ‘buat muka’. Suami tak bagi cucuk sana sini, dia akan ‘turn off’ dengan wanita yang ubah wajah.

    Che Ta tak nafikan hampir terpengaruh dengan tindakan rakannya mendapatkan rawatan estetik untuk kekalkan kejelitaan. – Kosmo Digital

    “Kalau sebab kedut, dia okay. Saya ada cakap teringin sebab orang lain buat, kemudiannya Zain cakap tak suka.

    “Zain tak pernah larang saya buat apa pun, tapi soal baju akan ditegurnya. Kalau nak buat muka, suami sudah beri amaran,” katanya kepada BH Online.

    Rozita ditemui pada majlis pelancaran produk baharu serum Cekang Jelita di bawah jenamanya By RCW, baru-baru ini.

    Rozita berkata ada rakan beri saranan melakukan suntikan pada wajah, bagaimanapun ia bukan satu keperluan pada usianya sekarang.

    “Ada kawan ‘cucuk’ ajak buat tapi saya cakap kalau muda mungkin saya buat, tapi bila saya sudah tua, ia bukan keperluan buat saya.

    “Saya bukan nak berlakon sangat, sebab mungkin sekarang sahaja berada di depan, mungkin selepas ini kerja belakang tabir pula.

    “Saya rasa benda itu tidak perlu. Ibu saya sudah 75 tahun tak perlu buat apa-apa, tapi okay sahaja,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...