BERLIN, 25 APRIL – Operasi di dua lapangan terbang utama Jerman terjejas teruk berikutan berikutan mogok pekerja sektor awam di seluruh negara minggu lepas.
Pada Isnin, mogok melanda lapangan terbang di Berlin. Sebelum itu mogok berlangsung di Hamburg pada Khamis dan Jumaat.
“Disebabkan kesatuan sekerja dan syarikat dalam industri keselamatan gagal mencapai persetujuan, puluhan ribu penumpang turut terjejas dan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Lapangan Terbang Jerman (ADV), Ralph Beisel, lapor Xinhua, kelmarin.
Di Lapangan Terbang Hamburg, mogok oleh 300 pekerja menyebabkan pembatalan hampir satu pertiga daripada perlepasan.
Selepas berbulan-bulan rundingan, satu kejayaan besar dicapai secara kolektif pada hujung minggu.
Sejumlah 2.5 juta pekerja sektor awam akan menerima bayaran one off sebanyak 3,000 euro (AS$3,300) serta kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus atau sekurang-kurangnya 340 euro setiap bulan. – Bernama