Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monaco rencat harapan Villa layak ke saingan kalah mati

    MONACO, 22 JAN – Monaco mencatatkan kemenangan 1-0 di tempat sendiri menentang Aston Villa dalam Liga Juara-Juara, kelmarin, merencatkan peluang pasukan Liga Perdana itu untuk menempah tempat ke pusingan 16 terakhir.

    Tandukan awal Wilfried Singo telah memberikan jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan apabila Villa mengalami kekalahan buat kali pertama dalam enam perlawanan dalam semua pertandingan.

    Monaco hanya memenangi dua daripada 11 perlawanan terakhir mereka, termasuk kekalahan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara, tetapi kini fokus untuk memastikan kemaraan bagi pusingan kalah mati.

    Kekalahan itu telah menyebabkan Villa turun dari tempat kelima kepada ketujuh buat sementara waktu. Mereka boleh layak secara automatik ke peringkat 16 terakhir dengan penamat lapan teratas.

    “Kami memulakan Liga Juara-Juara sebagai pasukan bukan pilihan untuk menamatkan saingan dalam kelompok lapan teratas. Malam ini kami kecewa,” kata pengurus Villa, Unai Emery.

    Skuad kendalian Emery menjadi tuan rumah kepada Celtic yang berada di tempat ke-21 dalam perlawanan fasa terakhir liga minggu depan.

    Villa dan Monaco adalah antara sembilan pasukan yang memperolehi 13 mata, mendahului baki perlawanan minggu ini, manakala Arsenal di tempat keempat.

    Monaco akan mengakhiri kempen fasa liga mereka dengan kunjungan ke Itali menentang juara, Inter Milan – juga dengan 13 mata di depan dan akan bertandang ke Prague hari ini – hanya memerlukan kemenangan untuk mengelak pusingan play-off. – AFP

    Aksi pemain Aston Villa, Tyrone Mings (kanan), cuba untuk menghantar bola sambil dihalang oleh Denis Zakaria semasa perlawanan bola sepak di stadium Louis II di Monaco pada 21 Januari. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda