Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Motivasi Muslimah bimbing keluarga ke jalan diredai Allah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Dalam memberi kesedaran dan kefahaman kepada para Muslimah untuk membimbing keluarga ke jalan yang diredai Allah, Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong telah mengadakan program keluarga.

    Program yang diadakan di Masjid Kampung Batu Apoi itu diisikan dengan tazkirah bertajuk Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Sahsiah Anak-anak yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal
    Ugama (KHEU), Dayang Noraini Yanti bin Haji Hussin.

    Acara yang dihadiri Muslimah masjid dari Daerah Temburong itu antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman akan kepentingan membentuk syakhsiah atau keperibadian anak-anak dan keluarga dalam membina keluarga yang bahagia dan aman tenteram serta berkasih sayang.

    Di samping memberi pengetahuan dan panduan cara membimbing keluarga berlandaskan ajaran Islam, acara juga bertujuan untuk mengongsikan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa pilihan yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam berkeluarga.

    Selain itu, ia juga diharap meningkatkan semangat dan motivasi dalam kalangan ibu bapa untuk terus berusaha memberi bimbingan kepada anak-anak dan keluarga.

    Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...