Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penjelasan pengintegrasian sekolah agama

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Jika dilihat definisi dahulu, pengintegrasian yang dimaksudkan ialah penyerapan mata-mata pelajaran yang lazimnya diajarkan di sekolah agama ke dalam kurikulum pendidikan.

    Terdapat empat berbezanya dalam perlaksanaan pengintegrasian yang mula dilaksanakan pada 1 November ini.

    Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin menjelaskan perkara itu semasa menjawab persoalan yang diajukan oleh pengamal media mengenai perbezaan pengintegrasian mata pelajaran agama ke sistem pendidikan bersepadu yang pernah dilaksanakan dahulu.

    Pada Sidang Media mengenai pengintegrasian mata pelajar agama ke dalam sistem pendidikan Umum itu, beliau seterusnya menjelaskan, empat perbezaan itu ialah waktu persekolahan yang mana jika menggunakan pengintegrasian berkenaan, ia akan mengurangkan waktu kanak-kanak berada di sekolah.

    Bagi pentadbiran dan pengurusan guru-guru agama, jika sebelum ini ia dipindahkan kawalan di bawah Kementerian Pendidikan tapi dalam pengintegrasian ini, guru-guru agama akan kekal berada di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan guru-guru itu hanya diperbantukan untuk mengajar mata pelajaran agama di Kementerian
    Pendidikan.

    Haji Mohammad Rosli menjawab soalan daripada pengamal media semasa sidang media mengenai Pengintegrasian Mata Pelajar Ugama ke Dalam Sistem Pendi-dikan Umum, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    “Selain itu, kurikulum dalam pengintegrasian ini pula akan disesuaikan dengan umur dan peringkat pelajar, dan yang keempat ialah penjadualan di mana ia akan diaturkan dalam jadual pendidikan umum,” jelasnya lagi pada sidang media yang berlangsung di East Wing, Aras 1, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

    Mengulas pencapaian kualiti pelajar dalam pengintegrasian berkenaan, beliau berkata, guru-guru yang akan mengajar agama berkenaan adalah guru-guru yang sedia ada.

    “Mereka ini diperbantukan dan ditauliahkan oleh KHEU, kualiti itu memang dicapai memandangkan guru-guru dan kurikulum itu masih lagi di bawah kawalan KHEU,” jelasnya.

    Menyentuh mengenai perlaksanaan pengintegrasian pada 1 November ini dan melibatkan pelajar pra hingga Darjah 3, jelasnya, pelajar berkenaan sudah selesai menduduki peperiksaan hujung tahun 2023 di sekolah agama.

    Selain itu, pada November ini, pihak sekolah akan mengatur jadual dan ia akan memberi ruang kepada pelajar, guru-guru yang terlibat dan penjaga pelajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

    Manakala itu, Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim memberi respons kepada soalan mengenai sama ada pengintegrasian berkenaan akan menjejaskan peperiksaan dan pencapaian kelulusan pelajar.

    “Bagi pelajar yang terlibat dalam pengintegrasian ini, ia tidak menjejaskan perjalanan peperiksaan mereka dan apabila mata pelajaran agama sudah masuk ke dalam sistem pendidikan umum, ia sudah sebahagian daripada SPN21,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...