Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho berang, tinggalkan temu bual

    MANCHESTER, 2 Feb – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho meninggalkan temu bual televisyen selepas perlawanan apabila skuadnya diikat 0-0 oleh pasukan bergelut Liga Perdana, Hull City.

    United ketinggalan empat mata dari slot Liga Juara-Juara selepas gagal mengambil peluang tercicirnya mata Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Arsenal.

    Mourinho berkata pengadil Mike Jones terlalu berlembut dengan Hull, tetapi setelah ditanya untuk menjelaskan lagi kenyataannya, dia memberitahu wartawan BBC: “Jika anda tidak tahu bola sepak, anda tidak sepatutnya mempunyai mikrofon di tangan anda.”

    Dia kemudian meninggalkan temu bual itu tanpa menjawab soalan mengenai kecederaan Phil Jones.

    Pengurus Manchester United, Jose Mourinho kelihatan tidak berpuas hati ketika meninggalkan padang selepas pasukannya diikat seri 0-0 dengan Hull City di Old Trafford. – AP
    Pengurus Manchester United, Jose Mourinho kelihatan tidak berpuas hati ketika meninggalkan padang selepas pasukannya diikat seri 0-0 dengan Hull City di Old Trafford. – AP

    Mourinho juga telah menuduh para pengadil berat sebelah, dengan menyebut mengenai komen pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bahawa pengadil keempat berkata kepadanya “Saya suka semangat anda” ketika Liverpool seri 1-1 dengan Chelsea.

    “Kelmarin seorang pengadil keempat berkata kepada seorang pengurus: ‘Saya gembira dengan semangat anda’,” kata pengurus United itu.

    “Hari ini saya diberitahu untuk dudul atau saya akan diarahkan duduk dengan penonton.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda