Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 tahun, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Katok A telah mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.
Majlis tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja itu dihadiri oleh hampir 20 orang ahli MPK Katok A.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa.
