Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia guna pentas antarabangsa bantu Palestin, singkir Israel

    KUALA LUMPUR, 21 NOV – Malaysia menggunakan sebaik-baiknya pentas antarabangsa untuk mendesak dunia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyuarakan pendirian tegas kerajaan Malaysia itu antaranya pada sidang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Peru, Sidang Kemuncak G20 di Brazil dan Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini. 

    “Pendirian kita tentu keras, saya usulkan sedikit lebih, meminta negara-negara dunia pertimbangkan menyingkir Israel sebagai anggota PBB. Di situ kita bawa isu Gaza dan di hadapan Presiden (Joe) Biden, Presiden (China) Xi Jinping (dan pemimpin-pemimpin) lain. 

    “Pada Sidang (Kemuncak) G20 di Brazil juga, kita bantah kedudukan PBB sekarang dan menuntut tata kelola dunia, (untuk) pembaharuan PBB dan kuasa veto tidak hanya kepada negara sedia ada dan dikembangkan kepada kuasa seperti wakil Amerika Latin dan Afrika Selatan.

    “Mengapa boleh kita terima PBB tetapi kita boleh izinkan negara yang melanggar semua ketetapan PBB seperti Majlis Keselamatan dan PBB kita biarkan, maka sepatutnya negara-negara seperti yang melanggar (undang-undang antarabangsa) terutama Israel patut disingkir,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Sidang Kemuncak G20 yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MAM), De Janeiro pada 19 November lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda