Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Muhammad Akmal Yamin juara Beyblade X Knight Shield

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman daripada pasukan Santai Aja Bladerz (SA) muncul juara setelah berjaya menewaskan Aediesopian bin Haji Ismail daripada pasukan Jakusha Bladers (JB), 6-5 dalam perlawanan akhir Beyblade X, Khight Shield Battle anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak Dbos, di Kampung Mentiri, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah TV Matrix 32 inci.

    Sementara itu, di tempat ketiga dan keempat disandang oleh Norhayati binti Abdul Latip daripada pasukan Underground Beys (UG). Manakala pemenang hadiah lapan teratas dimenangi oleh Abdul Malik Sofri daripada JB, Aqmal daripada BM, Norhayati daripada UG dan Aediesopian daripada JB.

    Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023/2024, pasukan JB masih menungguli carta liga dengan memperolehi 122 mata diikuti pasukan UB dengan 73 mata berjaya memintas pasukan Ghostbeys yang memperolehi 72 mata serta pasukan SA yang mengutip 65 mata dan Beyblade Madness (BM) dengan 7 mata.

    Juara Beyblade (kanan), menerima hadiah utama sebuah televisyen. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...