Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Muhammad Rafiq idamkan emas

    KUALA LUMPUR, 9 NOV – Juara boling dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail berazam menutup kempen 2022 dengan noktah cemerlang apabila dijadualkan membawa cabaran negara pada Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 di Australia dari 11 hingga 23 Nov ini.

    Muhammad Rafiq yang bakal membuat penampilan ketiganya dalam kejohanan itu tekad membawa pulang pingat walaupun menyedari bakal menerima tentangan sengit daripada pemain boling berkelas dunia di Queensland.

    “Saya tak kisah warna pingat apa sekali pun, harap bawa balik pingat dalam salah satu acara disertai. Ini juga merupakan pengalaman pertama beraksi di Australia, jadi saya tak tahu lagi bagaimana keadaan di sana,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Selain acara individu, Muhammad Rafiq dijangka menyertai acara berpasukan bersama Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek yang merupakan satu-satunya pemain boling negara menjuarai Piala Dunia pada edisi 2012, selain Timmy Tan dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam.

    Skuad wanita pula bakal menyaksikan kemunculan semula pemain senior, Esther Cheah selepas kali terakhir beraksi pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina, diikuti Sin Li Jane, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

    Kali terakhir juara masters lelaki Sukan Asia 2018 itu beraksi di pentas antarabangsa adalah pada September lepas yang menyaksikannya meraih pingat perak pada Terbuka Thailand di Bangkok selepas tumpas kepada wakil tuan rumah Annop Arromsaranon, 234-222, dalam aksi final. – Bernama

    Muhammad Rafiq harap dapat membawa pulang pingat dalam salah satu acara yang disertainya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...