LONDON, 20 JUN – Harapan Andy Murray untuk mengundurkan diri daripada tenis di Wimbledon tahun ini masih dalam keraguan selepas kecederaan belakang yang memaksanya untuk menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua di Queen’s, kelmarin.
Pemain kelahiran Britain itu kini bersedia menjalani pemeriksaan imbasan selepas hanya bertahan lima perlawanan menentang pemain Australia, Jordan Thompson.
Murray mengalami kesakitan sejurus pukulan servis pertamanya, di mana dia kelihatan terduduk di lantai.
Pemain berusia 37 tahun itu telah menjalani rawatan berpanjangan selepas tiga perlawanan pada bahagian punggung kanannya.
Murray tetap bermain seketika tetapi akhirnya menarik diri setelah ketinggalan 4-1, di mana rekod juara Queen’s lima kali itu menerima tepukan simpati daripada penonton sambil melambai kepada orang ramai termasuk isteri dan ibunya.
Wimbledon kini kurang dari dua minggu lagi tetapi Murray, juara dua kali Kelab All England, enggan menolak satu penampilan terakhir.
“Semasa memanaskan badan pra-perlawanan saya merasa tidak selesa dan kemudian semasa saya menaiki tangga, sejurus sebelum ke gelanggang, saya tidak mempunyai kekuatan normal di kaki kanan saya,” kata Murray kepada pemberita. – AFP