Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Murray raih kemenangan terbaik

    BEIJING, 1 OKT – Andy Murray meraih kejayaan terbesarnya sejak pembedahan pinggul dengan kemenangan ke atas pemain ranking ke-13, Matteo Berretini di Terbuka China hari ini.

    Pemain berusia 32 tahun itu menewaskan lawannya itu dengan keputusan -6 (7/2), 7-6 (9/7) dalam tempoh dua jam pada pusingan pertama di Beijing.

    Minggu lepas, Murray memenangi perlawanan ATP pertamanya sejak menjalani pembedahan pada Januari, ketika dia berusaha untuk menemui semula prestasi terbaiknya selepas berehat panjang. Kini berada di ranking ke-503, juara Grand Slam sebanyak tiga kali itu bangkit daripada ‘break down’ untuk memaksa ‘tiebreak’ pada set pertama.

    Murray menunjukkan sedikit bayangan kehebatannya yang menjadikannya pemain nombor satu pada 2016 apabila memenangi set pertama. Set kedua sekali lagi Murray dan Berretini diheret dalam ‘tiebreak’, namun Murray menghasilkan azam yang kuat untuk memenangi pusingan tersebut. – AFP

    Andy Murray berjaya meraih kemenangan terbesarnya sejak menjalani pembedahan apabila menewaskan pemain ranking ke-13 dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda