Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Musical Mania 4 kembali lagi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Setelah tiga tahun tidak aktif, Relentless Entertainment kini kembali dengan persembahan Musical Mania 4 yang merupakan produksi ke-10 mereka, dengan persembahan hari pertama mereka diadakan pada malam hari ini, bertempat di Teater Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

    Musical Mania 4 itu adalah produksi yang berkonsepkan jukebox dengan menampilkan lagu dan persembahan muzikal Broadway dan Disney serta bintang pop.

    Kira-kira 750 penonton menyaksikan persembahan Musical Mania 4 pada hari pertama, yang menampilkan 22 buah lagu.

    Antara lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk The Greatest Show, Quiet, Sit Down You’re Rocking the Boat, Part of Your World, Poor Unfortunate Souls, Alexander Hamilton dan pelbagai lagi.

    Produksi yang mengambil masa kira-kira dua jam itu merupakan acara keluarga yang menyeronokkan, menghiburkan dan berwarna-warni yang membawa penonton dalam perjalanan emosi, dengan melibatkan seramai 54 orang artis berbakat dari kalangan penari, penyanyi dan pelakon.

    Muzikal tersebut disokong oleh Bank Baiduri Berhad, NBT dan Lexus Brunei, Constance Brunei, Progresif Sdn Bhd, dan YippyTune Music School sebagai jurulatih vokal rasmi dan rakan kongsi tiket, Coffee Bean & Tea Leaf.

    Musical Mania 4 akan diteruskan lagi pada 10 September pada jam 8 malam dan juga 11 September pada jam 1:30 petang dan 8 malam.

    Tiket boleh dibeli di Coffee Bean & Tea Leaf di One City Shopping Mall, One Riverside, dan di Daerah Belait, tiket boleh didapati di cawangan Supa Save Seria.

    Untuk maklumat lanjut tentang Musical Mania 4 atau acara Relentless Entertainment yang akan datang, orang ramai boleh layari Instagram mereka.

    Salah satu persembahan Musical Mania 4 bertempat di Teater Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong.
    Antara yang hadir menyaksikan persembahan Musical Mania 4.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...