Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Musical Mania 4 mulai 9 September

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Relentless Entertainment akan mengadakan produksi mereka yang ke-10 bertajuk Musical Mania 4 yang berkonsepkan jukebox dengan menampilkan lagu dan persembahan muzikal Broadway dan Disney serta bintang pop.

    Persembahan itu akan berlangsung selama tiga hari, 9 hingga 11 September depan di Teater Pusat Kesenian, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

    Pengasas Bersama Relentless Entertainment, Amy Cheong pada sidang media yang diadakan di The Coffee Bean & Tea Leaf, Mata-Mata, hari ini, menjelaskan bahawa seramai 54 orang artis berbakat (penari, penyanyi dan pelakon) akan melibatkan diri dalam muzikal tersebut yang menjanjikan acara keluarga yang menyeronokkan, menghiburkan dan berwarna-warni yang akan membawa penonton dalam perjalanan emosi.

    Turut hadir semasa sidang media tersebut ialah Pengasas Bersama Relentless Entertainment, Mardi Hedus, bersama-sama dua orang bakat tempatan yang akan membuat persembahan iaitu Awang Haffizul Rahman dan Flora Ngu.

    Muzikal tersebut disokong oleh Bank Baiduri Berhad, NBT dan Lexus Brunei, Constance Brunei, Progresif Sdn Bhd, dan YippyTune Music School sebagai jurulatih vokal rasmi dan rakan kongsi tiket, Coffee Bean & Tea Leaf.

    Amy Cheong dan Mardi Hedus menerangkan lebih lanjut mengenai Musical Mania 4 semasa sidang media itu.

    Selama 14 tahun yang lalu, Relentless Entertainment dan Academy of Performing Arts telah bekerjasama rapat dengan bakat dan artis tempatan.

    Mereka komited untuk membangunkan dan memupuk semangat belia dalam seni kreatif dan persembahan serta bercita-cita untuk menyediakan artis yang membuat persembahan sebuah komuniti yang selamat, inklusif dan menyokong yang memberi inspirasi kepada pembelajaran sepanjang hayat sambil memupuk persahabatan, kreativiti, membina harga diri dan kemahiran kepimpinan.

    “Sejak Musical Mania 3, kami telah menambah elemen lagu pop dan kali ini kami mahu melakukan perkara yang sama bagi memenuhi keperluan generasi muda yang akan menikmati beberapa muzik seperti itu,” jelas Amy Cheong.

    Mardi Hedus pula menambah bahawa acara itu juga akan menyaksikan persembahan yang dipengaruhi Korea, sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini, dengan bakat menyanyi dan menari.

    “Produksi itu akan mengambil masa kira-kira dua jam, tidak termasuk 20 minit masa rehat,” ujar Amy Cheong.

    Tiket-tiket boleh dibeli di The Coffee Bean & Tea Leaf di One City Shopping Mall dan One Riverside, manakala itu, di Daerah Belait, ia boleh didapati di The Coffee Bean & Tea Leaf cawangan Supa Save Seria.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...