Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzium London bakal berpindah

    LONDON, 20 NOV – Baju Raja Charles 1 ketika dihukum mati dan 20,000 rangka manusia adalah antara objek yang perlu dikemaskan kerana Muzium London akan berpindah tidak lama lagi.

    Muzium itu menceritakan kisah salah satu bandar hebat di dunia menerusi lebih enam juta artifak – koleksi sejarah bandar terbesar di dunia.

    Namun ia telah lama dihambat oleh isu lokasi, terletak di antara menara kaca pusat kewangan London, The City.

    Muzium itu bersedia untuk berpindah ke bangunan pasar yang tidak digunakan lagi di ibu negara, dengan tugas memindah artifak dijangka bermula pada 5 Disember.

    “Apabila awda memikirkan untuk berpindah dari rumah awda sendiri, awda memikirkan mengenai barang-barang yang perlu dikemas,” beritahu pengarah muzium, Whooley kepada AFP.

    “Objek datang dalam pelbagai saiz, dan kesemuanya perlu dipek secara individu, diberi nombor, dicatat dan seterusnya dipindah dengan amat cermat.”

    Muzium baharu itu, dijangka dibuka pada 2026, akan mengikuti sejarah London dari era paling awal sehingga pendudukan Rom dan peristiwa seismik seperti wabak bubonik, Kebakaran Besar 1666 dan Perang Dunia Kedua. Ia juga akan menumpu pada era moden.

    “Ia akan menjadi peluang hebat untuk kami memiliki maklumat digital terkini mengenai apa yang berlaku di London, sehingga hari ini,” kata Whooley. – AFP

    Pengarah Muzium London, Finbarr Whooley melihat objek seramik yang dipamerkan di Muzium London, London. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda