Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar tingkat usaha tangani kes cirit-birit selepas 130 dimasukkan di hospital

    YANGON, 11 JULAI – Myanmar mempergiatkan usaha selepas 130 orang dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit di Yangon sejak akhir Jun, menurut Kementerian Kesihatan negara itu, kelmarin.

    Kementerian itu menyatakan bahawa kes cirit-birit biasa dilaporkan di Wilayah Yangon pada awal Jun, berikutan musim hujan.

    Namun, sejak akhir Jun, pesakit dengan gejala cirit-birit yang teruk telah dilaporkan di Perbandaran Thaketa dan beberapa perbandaran lain di daerah timur Wilayah Yangon.

    Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama kerajaan Wilayah Yangon, telah mempergiatkan usaha untuk mengawal penyebaran penyakit itu.

    Menteri Kesihatan Kesatuan, Thet Khaing Win, turut melawat sebuah pasar dan sekolah di Perbandaran Thaketa pada Isnin lalu serta mengadakan mesyuarat dengan pegawai kesihatan Wilayah Yangon di Hospital Besar Yangon baru-baru ini mengenai kes-kes tersebut.

    Setakat Selasa lalu, semua 130 pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit telah dibenarkan keluar, menurut kementerian itu. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda