Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    MYM, UNISSA kongsi ilmu dalam program gaya hidup halal

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 31 JAN – Golongan belia dan pemimpin akar umbi dari Daerah Belait berpeluang mengetahui tentang pelbagai cara untuk menjalani gaya hidup halal sebagai sebahagian daripada Program Gaya Hidup Halal Untuk Semua yang diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Belait, hari ini.

    Program anjuran Pergerakan Belia Minda (MYM) dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) itu telah dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Bukit Sawat, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann selaku tetamu kehormat dan diiringi oleh Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin.

    Presiden MYM, Awang Zulhilmi bin Ibrahim dan ucapan alu-aluannya menekankan bahawa kepentingan ilmu yang diperolehi akan membantu untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik dalam meningkatkan kualiti dan harapan yang perlu ada untuk menjalani gaya hidup selaras dengan ajaran Islam.

    Beliau turut mengimbau pelbagai acara dan aktiviti yang dijalankan dan diketuai oleh MYM sepanjang tahun lalu, dengan ceramah itu merupakan yang pertama daripada banyak lagi aktiviti untuk tahun ini.

    Program diteruskan dengan dua orang penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah mereka.

    Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayibban (PPHT), UNISSA, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim mengetengahkan konsep dan prinsip Halalan Thayyiban dan Pensijilan Halal.

    Sementara itu, Penolong Pensyarah PPHT, Dayang Nor Surilawanan binti Haji Sulaiman menyentuh mengenai konsep asas dan garis panduan kebersihan, keselamatan dan senarai semak yang perlu dibuat sebelum membuat pembelian di kedai makan.

    Di akhir program, tetamu jemputan menerima sijil penghargaan yang disampaikan bagi pihak MYM oleh tetamu kehormat.

    Awang Zulhilmi memberikan ucapan alu-aluan semasa program berlangsung. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...