Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nadal tidak lagi dambakan kejuaraan

    PARIS, 2 NOV – Rafael Nadal, yang membuat kemunculan semula di gelanggang kejohanan Paris Masters selepas dua bulan berehat, baru-baru ini menegaskan yang dia tidak lagi memburu kejuaraan.

    “Saya hanya mahu terus menjadi kompetitif dalam setiap acara yang saya sertai,” kata Nadal, yang ketika ini berada di ranking kedua ATP di belakang rakan senegara, Carlos Alcarez.

    Nadal, 92 kali juara perseorangan ATP, mengekalkan rekod juara dunia selama 209 minggu dan mendapat nombor satu pada penghujung musim sebanyak lima kali.

    “Saya tidak akan merebut nombor satu lagi.

    “Saya telah melakukannya pada masa lalu. Saya telah mencapai matlamat saya beberapa kali dalam karier saya dan saya berasa teramat gembira dan berbangga dengan pencapaian itu.

    “Tetapi sekarang bukan lagi masa untuk saya mengejar ranking nombor satu,” katanya.

    Nadal bakal bertemu rakan senegara, Roberto Bautista atau Tommy Paul dari Amerika Syarikat pada perlawanan pertama di ibu kota Perancis, di mana dia pernah merangkul kejuaraan Terbuka Perancis sebanyak 14 kali.

    “Saya gembira dapat sertai jelajah kali ini setelah sekian lama berehat. Saya tidak banyak bermain sepanjang lima bulan lepas.

    “Jadi, ya, sangat gembira dapat kembali ke bandar ini,” katanya. – AFP

    Rafael Nadal berkata dia tidak lagi ingin menjadi nombor satu. – ANN/ The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...