Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas jalan raya ragut 4 nyawa

    MANILA, 24 JUN – Sebuah kereta dan sebuah lori pembancuh simen bertembung di wilayah Negros Oriental di tengah Filipina pada hujung minggu, mengorbankan empat orang dan mencederakan tiga yang lain, kata polis hari ini.

    Polis berkata kereta membawa mangsa dalam perjalanan ke selatan apabila ia merempuh sebuah lori dari arah hadapan di selekoh sekitar jam 4 pagi Sabtu di Bandar Dumaguete.

    Siasatan awal menunjukkan kereta itu melintasi laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan lori terbabit. Impak rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu rosak, menyebabkan pemandu lelaki berusia 45 tahun dan tiga penumpang wanita dewasa maut di tempat kejadian.

    Tiga mangsa yang cedera, berusia 15, 17 dan 19 dibawa ke hospital tempatan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda