MANILA, 25 NOV – Jabatan Kehakiman Filipina hari ini mengumumkan bahawa Naib Presiden Sara Duterte dituduh sebagai ‘dalang’ dalam rancangan pembunuhan Presiden Ferdinand Marcos dan diberi tempoh lima hari untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
Duterte diminta memberi penjelasan selepas satu sidang akhbar yang membongkar kenyataannya pada hujung minggu, di mana beliau menyatakan telah mengarahkan agar Presiden Marcos dibunuh sekiranya rancangan untuk membunuhnya berjaya.
“Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk melindungi presiden yang dipilih dengan sewajarnya,” kata Timbalan Setiausaha Kehakiman, Jesse Andres, dalam satu taklimat hari ini.
“Plot yang telah dirancang untuk membunuh presiden seperti yang diakui oleh dalang yang mengaku kini akan menghadapi tindakan undang-undang.”
Duterte, dalam kenyataan awal hari itu, berkata beliau akan memberi maklum balas terhadap sepina tersebut. “Saya akan dengan senang hati menjawab soalan yang mereka mahu tanya, tetapi mereka juga perlu menjawab soalan saya. Kita akan bincang perkara ini apabila saya menerima sepina itu,” katanya. – AFP