Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Naim Daniel sedia terima kritikan di Media Sosial

    Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel akan tetap menjadi diri sendiri pada tahun 2023 dengan menyuarakan pendapatnya di media sosial.

    Naim mempercayai perkara tersebut merupakan satu tanggungjawab bagi dirinya dan mengakui tidak menghalang segala jenis kritikan terhadapnya.

    Ketika ditemu bual, Muhammad Naim Daniel Baharin atau lebih dikenali sebagai Naim Daniel menyatakan dirinya sentiasa memperbaiki diri dengan melihat dari perkembangan terdahulu dari segi bagaimana dirinya bersuara membincangkan sesuatu isu di media sosial.

    “Sebenarnya saya buat post mortem setiap hujung tahun. Memang saya akan tengok balik semua dan apabila diperiksa, dari situ saya boleh lihat tahap peningkatan dari segi kematangan diri saya dari tahun 2020 sehingga 2022. Saya cuba keep track benda seperti ini,” ujarnya.

    Menurutnya, dia menyedari segala perbuatan dan perkara yang disampaikan akan sentiasa meninggalkan kesan sama ada baik atau buruk yang memerlukan seseorang itu menghadapinya sendiri.

    Naim menyedari segala perbuatan dan perkara yang disampaikan akan sentiasa meninggalkan kesan sama ada baik atau buruk terhadap seseorang. – Agensi

    Naim juga memberitahu bahawa dirinya akan tetap teguh dengan perkara yang dipercayai kerana baginya masing-masing memiliki ideologi yang tersendiri.

    Naim berkata demikian ketika sidang media Konsert Patah Hati anjuran ANS di MidValley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Ujarnya juga perkara tersebut merupakan satu tanggungjawab dan dia bersedia menerima apa sahaja kritikan yang diberikan.

    “Dengan jumlah pengikut yang ramai, ia menjadi satu tanggungjawab dalam kita menyuarakan sesuatu isu itu. Kalau kita diam sahaja pun mungkin akan menjadi masalah untuk kita dipersoalkan nanti,” katanya.

    “Kita ada tanggungjawab besar tapi tidak digunakan medium itu untuk disampaikan kepada orang-orang di luar sana,” tambahnya.

    Penyanyi yang berusia 26 tahun itu turut menyatakan bahawa dirinya tidak menghalang sebarang kritikan yang akan dilontarkan kepadanya dan akan tetap terus meraikan perbincangan di media sosial.

    Walau bagaimanapun, Naim mengakui bahawa media sosial merupakan medium yang berbahaya kerana ia boleh menjatuhkan seseorang dengan hanya satu langkah yang salah. Katanya, segala yang disampaikan melambangkan diri seseorang oleh itu harus berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara.

    Sementara itu, Naim Daniel juga merupakan antara barisan artis yang bakal melangsungkan Konsert Patah Hati bersama Ernie Zakri, Noh Salleh, Aisha Retno, Insomniacks, dan Nastia pada 15 Mac 2023 di Zepp Kuala Lumpur. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...