Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Narathiwat banjir, tebing Sungai Kolok pecah

    BANGKOK, 20 DIS – Tebing Sungai Kolok di Narathiwat, Thailand pecah susulan aliran air deras dari Gunung Sankalakiri, membanjiri kediaman penduduk di daerah sekitar Sungai Kolok hari ini.

    Tebing sungai tersebut pecah selepas hujan lebat tanpa henti sejak 15 Disember lalu menyebabkan paras airnya naik sehingga 1.69 meter.

    Penduduk yang tinggal di tebing sungai merupakan yang paling terjejas, terutama 250 penduduk di Ban Nam Tok Moo 5. Ketua daerah Sungai Kolok dan pasukan bertindak bencana tiba di lokasi terjejas bagi membantu mangsa memindahkan barang keperluan mereka ke kawasan lebih tinggi.

    Pusat pemindahan sementara turut dibuka di Pusat Otop berhampiran pusat pemeriksaan Sungai Kolok. – ANN/The Nation

    Seorang wanita memegang telefonnya dalam air hampir separas dada susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir di Pasar Muno, Sungai Kolok di wilayah selatan, Narathiwat, Thailand, 20 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda