Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    NATO adakan latihan tentera terbesar

    BRUSSELS, 19 JAN – NATO akan melancarkan latihan ketenteraan terbesarnya dalam beberapa dekad minggu depan dengan kira-kira 90,000 anggota bersedia untuk mengambil bahagian dalam latihan selama beberapa bulan bertujuan untuk menunjukkan bahawa pakatan itu boleh mempertahankan semua wilayahnya sehingga ke sempadan dengan Rusia, kata pegawai tertinggi, kelmarin.

    Latihan itu diadakan ketika perang Rusia ke atas Ukraine semakin reda. NATO sebagai sebuah organisasi tidak terlibat secara langsung dalam konflik, kecuali untuk membekalkan sokongan kepada Kyiv, walaupun banyak negara anggota menghantar senjata dan peluru secara individu atau berkumpulan, serta menyediakan latihan ketenteraan.

    Beberapa bulan sebelum Presiden Vladimir Putin memerintahkan tentera Rusia memasuki Ukraine pada Februari 2022, NATO mula meningkatkan keselamatan di kawasan timurnya dengan Rusia dan Ukraine.

    Ia adalah peningkatan terbesar pakatan itu sejak Perang Dingin. Latihan perang itu bertujuan menghalang Rusia daripada menyerang negara-negara anggota.

    Latihan itu yang digelar Steadfast Defender 24, “akan menunjukkan bahawa NATO boleh menjalankan dan mengekalkan operasi serba kompleks selama beberapa bulan, merentasi ribuan kilometer dari Utara ke Eropah Tengah dan Timur, dan dalam apa jua keadaan,” kata pertubuhan 31 negara itu.

    Tentera akan bergerak ke dan melalui Eropah sehingga penghujung Mei dalam apa yang disifatkan oleh NATO sebagai ‘senario konflik yang diadakan secara simulasi dengan pihak musuh.’

    Di bawah rancangan pertahanan baharu NATO, musuh utamanya ialah Rusia dan organisasi pengganas.

    “Pakatan itu akan mempamerkan keupayaannya untuk mengukuhkan kawasan Euro-Atlantik melalui pergerakan tentera rentas Atlantik dari Amerika Utara,” kata Komander Tertinggi Bersekutu NATO, Jeneral Christopher Cavoli dari Amerika Syarikat kepada pemberita. – AP

    Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO, Laksamana Rob Bauer (tengah), Komander Tertinggi Bersekutu Eropah, Jeneral Christopher Cavoli (kiri) dan Komander Transformasi Tertinggi Bersekutu, Jeneral Chris Badia bersedia untuk berucap pada sidang media di ibu pejabat NATO di Brussels pada 18 Januari. – AP0
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...