NEW YORK, 1 APRIL – Peminat NBA yang dahagakan aksi bola keranjang di tengah-tengah perintah berkurung disebabkan oleh pandemik koronavirus akan dapat merasai kejohanan dalam Kejohanan Pemain NBA 2K bermula hari Jumaat ini.
Kevin Durant mungkin tidak beraksi bagi keseluruhan musim dengan menjalani pemulihan daripada kecederaan, tetapi bintang Brooklyn Nets tersebut berada di kedudukan teratas dalam 16 orang pemain dalam pemain-pemain NBA yang sedia ada untuk mengambil cabaran berkenaan.
NBA, Persatuan Pemain NBA (NBPA) dan pereka permainan 2K mengumumkan kejohanan tersebut, yang mana akan disiarkan di Amerika Syarikat dalam siaran ESPN dalam tempoh 10 hari.
“Pemenang akan dinobatkan sebagai juara NBA 2K20 Ultimate dan akan memilih benefisiari amal untuk menerima sumbangan $100,000 dari 2K, NBA dan NBPA dalam menyokong usaha bantuan koronavirus yang sedang berlaku,” liga tersebut berkata.
Bintang yang meningkat naik Atlanta Hawks, Trae Young berada dalam pemilihan kedua dalam arena yang turut disertai oleh pemain Portland, Hassan Whitesidem; pemain Utah, Donovan Mitchell dan Pemain Washington, Wizzardm Rui Hachimura dari Jepun. – AFP