Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    NBA gantung pemilik Phoenix

    NEW YORK, 14 SEPT – NBA telah menggantung pemilik Phoenix Suns, Robert Sarver selama satu tahun dan mendendanya AS$10 juta selepas siasatan terhadap dakwaan berbaur perkauman, kata liga pada hari Selasa.

    Ketika mengumumkan hukuman itu, liga berkata siasatan bebas mendapati Sarver “terlibat dalam kelakuan yang jelas melanggar piawaian tempat kerja biasa, seperti yang ditunjukkan dalam peraturan dan dasar pasukan dan Liga.

    NBA menugaskan penyiasatan bebas Sarver, yang juga memiliki Phoenix Mercury WNBA, pada November 2021 selepas ESPN menerbitkan artikel yang memetik lebih daripada 70 pekerja Suns yang mendakwa Sarver telah mewujudkan persekitaran kerja “toksik” dalam tempoh 17 tahun smenjadi pemilik kelab.

    NBA berkata siasatan itu termasuk temu bual dengan 320 orang, termasuk pekerja semasa dan bekas Suns serta Sarver sendiri.

    Lebih 80,000 dokumen dan bahan lain, termasuk e-mel, mesej teks dan video turut diteliti dan liga berkata Sarver dan kelab bekerjasama sepenuhnya dengan proses itu.

    Siasatan mendapati bahawa Sarver sepanjang tempoh perkhidmatan ‘mengulang perkataan kesat dan lucah apabila menceritakan kenyataan orang lain’ dalam sekurang-kurangnya lima insiden.

    Siasatan itu juga membuktikan contoh salah laku di tempat kerja oleh pekerja Suns lain “yang tidak berkaitan secara langsung dengan Sarver dan kekurangan dasar dan kawalan organisasi yang betul,” kata liga itu. – AFP

    Pemilik Phoenix Suns Robert Sarver memuji kemenangan pasukan 107-99 menentang Minnesota Timberwolves semasa perlawanan bola keranjang NBA, di Phoenix pada 15 Disember 2018. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Dunia

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Newcastle hampakan City

    Berita Berkaitan

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    JOHANNESBURG, 23 NOV - Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Terkini

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    JOHANNESBURG, 23 NOV - Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...