Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Negara-negara pengeluar minyak hampiri keselarasan 100 peratus

    KUWAIT, 24 Feb – Pengeluar minyak OPEC dan bukan OPEC dalam laluan betul menuju keselarasan sepenuhnya dengan penyelarasan dalam tahap pengeluaran mereka sebagaimana resolusi pengurangan pengeluaran baru-baru ini, umum panel kementerian pemantauan.

    Menurut laporan teknikal bagi Januari 2017, para pengeluar OPEC dan bukan OPEC telah mencapai satu tahap keselarasan 86 peratus, menurut Jawatankuasa Kementerian Pemantauan Bersama OPEC (JMMC) dalam satu laporan yang dikeluarkan kelmarin.

    JMMC melahirkan rasa kepuasan terhadap kemajuan yang telah dibuat menuju keselarasan sepenuhnya dengan penyelarasan pengeluaran.

    Ia menyatakan bahawa masih terdapat ruang bagi pembaikan untuk mencapai keselarasan 100 peratus dan dalam hal ini menggesa semua pihak untuk menekan ke arah keselarasan penuh dan bertepatan.

    Keselarasan bagi negara-negara OPEC dan bukan OPEC kini hampiri keselarasan sepenuhnya dan kini telah mencapai tahap keselarasan 86 peratus. - AFP
    Keselarasan bagi negara-negara OPEC dan bukan OPEC kini hampiri keselarasan sepenuhnya dan kini telah mencapai tahap keselarasan 86 peratus. – AFP

    Ia didedahkan bahawa laporan-laporannya berdasarkan Laporan Jawatankuasa Teknikal Bersama OPEC dan Bukan OPEC (JTC) dan negara-negara OPEC dan Bukan OPEC.

    JTC yang merupakan subsektor Jawatankuasa teknikal JMMC, mengadakan mesyuarat pertamanya pada 22 Februari 2017 di Sekretariat OPEC di Vienna, di mana ia membincangkan isu-isu berkaitan dengan keselarasan dengan tahap pengeluaran seperti yang dinyatakan dalam Keputusan Sidang Menteri OPEC ke-171 dan penyelarasan sukarela sejajar dengan Pengisytiharan Kerjasama. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda