Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nepal teguhkan hubungan dengan Beijing

    KATHMANDU, 18 Jun – Bekas Perdana Menteri Nepal menyatakan harapan agar lawatan Perdana Menteri K.P. Sharma Oli ke China akan memainkan peranan penting untuk memperdalamkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu.

    Pada mesyuarat semalam oleh Perdana Menteri Oli, mantan Perdana Menteri, Sher Bahadur Deuba percaya bahawa lawatan itu akan menjadi produktif untuk mempromosikan kepentingan negara.

    Deuba menyatakan kesediaan mengenai persiapan yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk lawatan perdana menteri ke China itu.

    Deuba, yang juga ketua parti pembangkang utama di Parlimen, berkata lawatan itu akan bermanfaat dalam memenuhi kepentingan negara Nepal.

    Selain Deuba, mantan perdana menteri Pushpa Kamal Dahal juga mengharapkan lawatan Perdana Menteri Oli ke China itu merupakan satu kejayaan, sambil menegaskan keperluan dalam kerjasama antara China dan negara-negara di Asia Barat.

    Manakala, mantan perdana menteri Jhalanath Khanal menegaskan pelaksanaan kereta api yang menghubungkan antara Nepal dan China adalah untuk kebaikan rakyat dari kedua-dua buah negara. Seorang lagi mantan perdana menteri Madhav Kumar Nepal menasihatkan Perdana Menteri Oli untuk menggunakan lawatan tersebut sebagai peluang untuk meneruskan hubungan pelbagai pihak antara Nepal dan China ke tahap yang lebih strategik.

    Sementara, mantan perdana menteri Baburam Bhattarai berpandangan bahawa Nepal harus mendapatkan sokongan dari China untuk membangunkan projek sambungan kereta api yang dicadangkan oleh China. Pada kesempatan itu, Perdana Menteri Oli memberitahu mantan perdana menteri bahawa lawatannya yang akan datang ke China akan memainkan peranan penting untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua buah negara. “Saya percaya lawatan ini akan membantu menjalin kerjasama dua hala ke tahap yang lebih tinggi,” kata Perdana Menteri Oli kepada mantan perdana menteri.

    Perdana Menteri Oli akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 19 hingga 24 Jun ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda