Saturday, July 13, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Nikmatnya Nasi Kebuli

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Nasi kebuli merupakan hidangan nasi berempah yang terkenal dalam masakan Timur Tengah dan Asia Selatan, yang juga tidak asing lagi di negara kitani dan negara-negara masyarakat Islam.

    Hidangan ini mempunyai rasa yang kaya dengan rempah dan biasanya dihidangkan dengan daging, seperti kambing, ayam, atau daging lembu. Nasi kebuli sering dinikmati semasa perayaan atau majlis-majlis khas.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi kebuli terbahagi kepada beberapa bahagian, bahan-bahan untuk nasi adalah seperti beras basmati, minyak sapi atau mentega. Bawang besar yang dihiris halus, bawang putih, halia yang dicincang, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, buanga cengkih, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, garam atau secukup rasa, kismis dan kacang tanah atau badam yang digoreng atau dipanggang.

    Manakala bahan-bahan yang diperlukan untuk daging (pilihan ayam atau kambing) adalah seperti ayam atau kambing yang dipotong kecil, minyak sapi atau minyak masak, bawang besar yang dihiris halus, bawang putih, halia yang dicincang, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, garam secukup rasa, dan air secukupnya untuk mereneh.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk menyediakan nasi, mula-mula cuci beras basmati dan rendam selama 30 minik kemudian toskan, selepas itu panaskan minyak sapi atau mentega dalam periuk besar, tumis bawang besar hingga layu, selepas itu masukkan bawang putih dan halia tumis sehingga naik bau. Setelah itu masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih kemudian kacau hingga rata.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Selepas itu masukkan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk jintan manis dan sebuk jintan putih kacau hingga rata, masukkan beras basmati dan kacau sehingga beras tersalut dengan rempah, tambahkan air atau stok/ ayam, daging dan garam kacau hingga rata.

    Kemudian masak nasi sehingga mendidih, kemudian kecilkan api dan tutup periuk, masak selama 15 hingga 20 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnya.

    Apabila nasi hampir masak, masukkan kismis dan kacang tanah atau badam dan kacau hingga rata.

    Manakala cara-cara untuk menyediakan daging pula, mula-mula panaskan minyak sapi atau minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar sehingga layu, masukkan bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih kacau sehingga rata, setelah itu masukkan ayam atau kambing, kacau sehingga daging berubah warna.

    Tambahkan garam dan air secukupnya, renehkan daging sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

    Untuk penyediaan akhir pula, sajikan nasi kebuli di atas pinggan hidangan, letakkan daging/ayam di atas nasi, kemudian hias dengan kismis dan kacang tanah atau tambahan lain jika suka dan hidangkan. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    Bahan-bahan untuk nasi:
    • 2 cawan beras basmati
    • 3 cawan air atau stok ayam/daging
    • minyak sapi atau mentega
    • bawang besar, dihiris halus
    • bawang putih, dicincang
    • halia, dicincang
    • kayu manis
    • bunga lawang
    • buah pelaga
    • cengkih
    • serbuk kunyit
    • serbuk kari
    • serbuk jintan manis
    • serbuk jintan putih
    • garam (atau secukup rasa)
    • kismis
    • kacang tanah atau badam,
    digoreng atau dipanggang

    Bahan-bahan untuk daging (pilihan: ayam atau kambing):
    • ayam atau kambing, dipotong kecil
    • minyak sapi atau minyak masak
    • bawang besar, dihiris halus
    • bawang putih, dicincang
    • halia, dicincang
    • serbuk kari
    • serbuk kunyit
    • serbuk jintan manis
    • serbuk jintan putih
    • garam secukup rasa
    • air secukupnya untuk mereneh

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pasangan suami isteri ditahan, didakwa mengintip untuk Rusia

    SYDNEY, 12 JULAI - Polis Australia telah mendakwa pasangan suami isteri kelahiran Rusia dengan tuduhan mengintip untuk Moscow, menurut pegawai tertinggi polis hari ini....