Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Noraniza Idris tampil dalam Konsert Qalam

    Hasrat penyanyi Noraniza Idris meneruskan Konsert Malai Solo yang dibatalkan dua tahun lalu masih belum terpadam.

    Noraniza, 55, sebaliknya berkata dia masih berharap konsert berkenaan dapat diadakan suatu hari nanti.

    “Sudah tentu saya masih berharap untuk Konsert Malai Solo itu dapat direalisasikan. Itu memang impian yang saya fikirkan sejak dulu lagi.

    “Sebelum ini nak jadikan ia satu realiti tak berjaya sebab dana yang tak mencukupi.

    “Nasib saya pula tak baik kena tipu dengan penaja-penaja. Mungkin belum rezeki saya di situ,” katanya kepada mStar.

    Noraniza berkongsi perkara itu ketika sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Sudah lali berdepan kegagalan, Noraniza menjelaskan dia tidak terkesan dengan perkara tersebut malah fokusnya kini tertumpu untuk kembali semula di dalam industri.

    Malah dia memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah. – Agensi

    Noraniza akan menyanyi selama tiga hari di konsert Qalam. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda