Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Notis penutupan separuh jalan pemasangan loop sensor

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di persimpangan lampu isyarat JT2 Lebuh raya Muara-Tutong/Jalan Sengkarai bermula 2 hingga 9 Februari dari 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan loop sensor dilaksanakan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya berkenaan dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat JT2 Lebuh raya Muara-Tutong/Jalan Sengkarai. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...