Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nova yakin Muhammad Fareez ‘meletup’ dua tahun lagi

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Pemain badminton para Malaysia, Muhammad Fareez Anuar dijangka mampu tampil cemerlang untuk mengikut jejak langkah juara Paralimpik dua kali, Cheah Liek Hou dalam tempoh dua tahun lagi.

    Jurulatih Nova Armada yang menyuarakan keyakinan berkenaan berkata anak buahnya itu berlatih bersama Liek Hou yang meraih pingat emas Sukan Paralimpik 2020 dan 2024, hanya dipisahkan daripada segi kepantasan dan kemahiran.

    “Bagi saya, permainan Liek Hou dan Fareez tak banyak beza, namun daripada segi kemahiran Liek Hou lebih unggul walaupun sudah berusia 36 tahun, tapi saya minta dua tahun lagi untuk Fareez (capai kemahiran sama dengan Liek Hou),” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Jurulatih dari Indonesia itu berkata Muhammad Fareez dalam masa sama diletakkan sasaran bagi memburu emas pada Sukan Para Asia 2026 Aichi-Nagoya, Jepun sebelum menyasarkan penampilan keduanya pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles (LA28).

    Beliau berkata atlet berusia 28 tahun berkenaan juga dilihat berada di landasan tepat untuk memberikan tentangan hebat kepada pencabar terdekat khususnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi seiring dengan usianya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda