Monday, November 25, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nur Adlina, Azlina pemenang Pertandingan Penyediaan Makanan

    Oleh Izah Azahari
    Gambar serahan PTEM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) melalui Jabatan Kerjaya dan Jabatan Pengajian Makanan dengan kerjasama Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Penyediaan Makanan, yang berlangsung di PTEM.

    Tampil selaku pemenang pertandingan ialah Dayang Nur Adlina dari Menengah Enam Bawah dan Dayang Azlina Maslan dari Menengah Enam Atas.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Cef Aziz Zaidi. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengetua (Akademik), Dayang Nurul Amalina binti Haji Ali.

    Sebelum majlis penyampaian hadiah, Cef Aziz juga menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar untuk memberi galakan kepada mereka.

    Acara itu adalah sebahagian daripada Program Masa Depan Mapan bagi Gastronomi yang ditaja oleh Kedutaan AS menerusi Program Geran Kecil yang telah bermula sebelum pandemik melanda negara.

    Para pelajar sepatutnya mendapatkan pengalaman langsung dan latihan daripada Cef Aziz dari The Melting Pot Studio pada tahun sebelumnya, namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan sekatan-sekatan.

    Pertandingan berkenan adalah alternatif bagi lawatan dan latihan serta dengan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dan mengikuti pembelajaran dalam talian yang ditetapkan Kementerian Pendidikan, Cef Aziz menyediakan video rakaman untuk pelajar belajar menyediakan enchiladas.

    Para pelajar juga diberikan kotak bahan makanan oleh Cef Aziz untuk menyediakan hidangan berkenaan bagi pertandingan tersebut.

    Kemudian, pelajar-pelajar memuat naik gambar produk mereka ke dalam talian dan pemenang-pemenang dari setiap peringkat dipilih berdasarkan cara mereka menyajikan enchiladas daripada aspek warna, ketinggian dan aroma menerusi penggunaan hiasan.

    Dayang Azlina Maslan semasa menerima hadiah bagi Pertandingan Penyediaan Makanan yang berlangsung di PTEM.
    Para pelajar dari PTEM yang mengambil bahagian dalam program dan pertandingan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda