Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Nur Eilisha Rania tidak beraya lagi kali ini

    KUALA LUMPUR, 19 APRIL – Jika tahun lepas penerjun muda, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj terpaksa melupakan sambutan Aidilfitri kerana sibuk dengan persiapan Sukan SEA di Kemboja, namun tahun ini beliau sekali lagi terpaksa melupakan kemeriahan lebaran susulan kehilangan nenek tercinta pada 7 Februari lepas.

    Atlet berusia 18 tahun itu berkata beliau memilih untuk kekal di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil berbanding pulang ke kampung halaman di Kuching, Sarawak bagi menghilangkan rasa kosong yang membelenggu dirinya sejak pemergian Marina Allin atau dipanggil Inek Uteh yang meninggal dunia pada usia 63 tahun.

    Pemenang emas Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini tidak bermakna baginya selepas kehilangan tulang belakang yang banyak memberikan semangat kepada beliau dalam arena sukan berkenaan.

    “Ini kali kedua saya tidak sambut Hari Raya sebab tahun lepas saya fokus Sukan SEA manakala tahun ini tidak sambut sebab nenek baru meninggal Februari lepas jadi tidak berapa elok untuk sambut apa-apa perayaan.

    “Saya dengan nenek sangat rapat kerana setiap kali balik Sarawak, saya pasti akan singgah rumah dia dahulu baru pulang rumah saya. Kalau saya tengah kejohanan atau kem latihan, dia selalu bertanya khabar, lepas dia meninggal dunia saya rasa amat kosong,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Beliau turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan neneknya buat kali terakhir dan hanya mendapat perkhabaran duka itu ketika sedang menyertai

    Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menerusi panggilan telefon daripada ahli keluarga.

    “Saya sempat berjumpa dengan nenek buat kali terakhir pada November tahun lepas ketika pulang ke kampung. Saya pasti akan merindui kelazatan air tangan kek lumut yang dibakar dengan penuh kasih sayang, selain bebelan dan nasihat daripada nenek,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...