Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    PBB kecam serangan terhadap hospital Gaza

    GENEVA, 19 APRIL – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini telah mengecam pemusnahan bangunan dan peralatan perubatan dan sukar diperoleh di hospital dan wad bersalin Gaza secara sengaja, di mana ia telah meningkatkan lagi risiko kepada wanita yang melahirkan anak dalam ‘keadaan yang teruk dan tidak berperikemanusiaan.’

    Misi yang diketuai PBB baru-baru ini ke 10 buah hospital Gaza mendapati banyak kemudahan ‘musnah’ dan hanya dua yang mampu menyediakan keperluan perkhidmatan bersalin, kata wakil Dana Penduduk PBB (UNFPA), Dominic Allen, untuk Palestin.

    Dia berkata bahawa apa yang ditemui pasukan di kompleks Hospital Nasser, yang telah lama dikepung oleh tentera Israel semasa operasi mereka di bandar selatan Khan Yunis, ‘menghancurkan hati saya.’

    Bercakap kepada wartawan di Geneva melalui pautan video dari Baitulmaqdis, beliau menjelaskan bahawa peralatan perubatan sengaja dipecahkan, termasuk ultrabunyi dengan kabel telah diputuskan’. – AFP

    Kanak-kanak Palestin bergambar pada 19 April, di dalam bangunan yang rosak semasa pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...